Resepi seterusnya merupakan resepi untuk menyediakan biskut atau cookies dengan lebih mudah. Tepung segera cookies ini akan menghasilkan biskut yang lebih rangup. Ia juga amat mudah untuk dipelbagaikan dengan berbagai bahan-bahan yang lain pula.
Mana kala bahan yang digunakan juga amat ringkas dan amat mudah serta murah yang boleh anda dapati di kedai yang berdekatan. Baiklah mari lihat bahan-bahan dan cara-caranya yang diperlukan untuk menyediakan tepung segera ini.
Bahan-bahan
- 250 tepung gandum
- 1 tsp baking powder
- 1 tsp emplex
- 200g gula halus
- 50 gula perang
- Secubit garam (jika guna butter unsalted)
Kaedah
- Masukkan semua bahan didalam mangkuk dan kacau sebati.
- Ayak beberapa kali dan simpan didalam bekas kedap udara.
Cara penyediaan cookies (Untuk Ditambah)
- 250 g butter cair (sejukkan dahulu)
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanila
- Gaul kedua bahan kering dan bahan sebelum menambah bahan-bahan lain mengikut citarasa anda.
- Contohnya anda boleh menambah serbuk koko, choc Chip, kacang badam mahupun kismis.
Anda boleh menyediakan beberapa jenis cookies menggunakan tepung sekarang ini. Malah anda juga boleh memberi ia sebagai hadiah atau anda juga boleh menjual untuk menambah pendapatan sampingan. Diharap anda akan mencuba resepi inidan selamat mencubanya.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply