Resepi Spagetti Bolgenese Macam Makan Dicafe Mahal
Resepi ini merupa Sebuah resipi masakan Itali yang telah popular di negara kita. Spegeti tolak nis adalah masakan spegeti yang sangat ringkas kerana ia di sediakan menggunakan source tradisional Prego. Cara untuk menyediakan nya juga amat mudah dan sesuai bagi anda yang menggemari makanan pasta dan juga sesuai bagi kanak-kanak yang tidak gemar makan nasi.
Spageti adalah sejenis pasta yang mengandungikarbohidrat bagi mengantikan nasi. Sosnya pula mempunyai rasa masam-masam manis dan sesuai bagi mereka yang tidak gemar makan pedas. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan
- 1 pek spaghetti angel
- 1 tin Prego sos spaghetti tradisi
- 2 ulas bawang putih
- ½ tin cendawan butang
- 1 biji bawang holland (potong dadu)
- 1 mangkuk kecil isi ayam yang dicincang
- 2 sudu makan butter
- 1 1/2 tin air
- garam secukupnya
Kaedah
- Rebus kan Spagetti bersama sedikit garam dan minyak masak. Ketepikan
- Panaskan butter dan tumis bawang putih.
- Masukkan isi ayam dan kacau hingga ia masak.
- Tambahkan sayur pilihan anda seperti cendawan, tomato ataupun lada benggala.
- Masukkan sos prego bersama 1 ½ tin air
- Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa.
- Apabila hendak dihidangkan gaul sos bersama spagethi yang telah direbus awal tadi.
- Siap!
Bagi anda yang suka makan daging anda boleh menukar isi ayam kepada isi daging. Ia boleh di beli di supermarket ataupun anda boleh guna daging burger hancurkan dia sebelum digunakan. Selamat mencuba
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.