Resepi Sos Mayo Siracha Kurang Manis Suai Diet
Resepi seterusnya ini ialah resepi yang amat sesuai bagi pengamal diet low carb dimana sos yang digunakan ini rendah dalam karbo dan juga gula. Sos mayo keto atau low carb ini menggunakan 2 bahan sahaja iaitu sos sriracha dan iuga mayonis. Jika biasanya orang menggunakan sos cili dan digabung dengan mayonis tetapi sebenarnya kedua bahan ini sangat sinonim dengan pengamal diet low carb kerana ia mempunyai kandungan gula tetapi masih sedikit berbanding sos cili biasa, jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- 3 tbsp sos sriracha
- 3 tbsp mayonis
Kaedah
- Campurkan kedua bahan dan kacau hingga sebati.
- Saya tambahkan sundried tomato yang boleh dibeli dalam botol.
- Siap!
Sriracha ini mempunyai rasa yang sedikit masam dan pedas kerana yang dibuat menggunakan cili , cuka dan sedikit bawang putih. Manakala mayonis yang diperbuat dari telur dan cuka dan ia memberi rasa yang lemak-lemak jadi gabungan kedua ini memberi rasa yang sedap tetapi rendah carb dan gula. Oleh itu ia amat sesuai dijadikan bahan mencicah salad ataupun ayam bakar. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.