Resepi Simple Bihun Sup Udang Cepat Siap
Resipi kali ini adalah satu resipi ringkas yang boleh dihidangkan sebagai menu sarapan pagi ataupun minum petang. Masakan ini saya inspirasikan daripada resepi bihun sup ringkas tetapi saya menggunakan kulit udang yang saya goreng dan kisar untuk mendapat perisa udang yang sedap. Selain daripada itu bahan yang digunakan amatlah ringkas dan juga saya menghidangkannya bersama dengan bebola ikan dan juga udang goreng.. Baiklah jika anda ingin mencuba mengikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan sup
- Kulit udang yang telah siap digoreng dan kisar serta tapis.
- Bawang putih cincang
- Lada sulah
- Kiub ayam
Kaedah
- Tumis bawang putih dan masukkan air rebusan udang bila ia telah wangi.
- Masukkan kiub ayam dan juga lada sulah
Bahan lain
- Fishball
- Fishcake
- Udang yang telah direbus tadi
- *goreng dengan sikit minyak
- Sawi yang dicelur dengan sedikit minyak.
- Cili oil kalau suka.
- Bihun direbus hingga empuk
Penyediaan bihun sup udang
- Dalam mangkuk pilihan masukkan bihun yang telah direbus.
- Masukkan kuah sup tadi.
- Hias dengan fishball,fishcake,udang dan sayur sawi.
- Siap!
Saya hidangkan bihun sup ini dengan cili oil udang tetapi jika anda suka boleh juga menggunakan cili oil biasa sahaja kerana udang yang terdapat di dalam sup ini sudah cukup banyak. Masakan ini amat-amat sesuai untuk orang yang menggemari udang sebaliknya bagi orang yang alergik elakkanlah udang sebaliknya gunakan air sahaja yang ditumis bersama dengan ikan bilis. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.