Resepi ini adalah resipi ikan siakap yang saya kukus bersama dengan kuah yang sedap dan mudah untuk disediakan. Masakan ini paling popular ketika bulan puasa dijadikan sebagai hidangan berbuka puasa bersama keluarga. Resepi ini saya dapatkan daripada insta famous Khairul Aming dan cara serta bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini sangat mudah, jom kita tengok apa khabar bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- Ikan siakap (bersihkan dan lumur dengan sedikit garam)
Bahan lain
- Bawang besar hiris
- Bawang putih hiris
- Serai hiris
- Halia hiris
- Daun limau purut
Bahan kuah
A
- 11/2 cawan air
- 21/2 tbsp gula merah
- 2tbsp sos ikan/sotong
- 1 ketul kiub ayam
B
- Bawang putih cincang
- Cili api hiris
- Daun ketumbar hiris
- Jus limau nipis
Kaedah
- Kukus ikan yang telah dipersiap tadi selama 10min sahaja.
- Semantara itu masak bahan A dan kemudian tambah bahan B.
- Tuang bancuhan ini kepada ikan yang sedang dikukus tadi dah kukus semula 5 min.
- Bila dah siap masak bolehlah dihidangkan.
- Siap!
Ikan siakap tidak perlu dikukus terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan ikan hancur. Rasa kuah yang disediakan tadi sememangnya sangat sedap walaupun dihirup begitu sahaja. Tapi jika anda suka pekat anda boleh kurangkan sukatan air. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.