Resepi Semur Daging Salai (Masakan Jawa Versi Mudah)
Masakan semur ini berasal dari masakan orang Jawa. Oleh kerana Madam ini adalah campuran mamak dan jawa, maka masakan kami sekeluarga sememangnya ada unsur masakan jawa dan mamak.
Bagaimanapun, zaman telah berubah cara memasak juga makin berubah. Orang suka masakan yang lebih mudah,cepat tetapi sedap. Dalam memelihara masakan warisan keluarga, Madam mula mencari kaedah yang lebih mudah. Agar masakan ini walaupun dimasak dengan lebih cepat tapi masih dapat memelihara ketulenan rasanya.
Kali ini, Madam guna daging salai. Daging salai lazimnya diasapkan diatas bara yang menghasilkan aroma yang unik hasil bakaran api kayu. Tujuannya agar tahan lebih lama. Jadi mari kita lihat bahan-bahannya.
Resepi Semur Daging Salai
Bahan-bahan utama
- ½ kg daging salai (hiris nipis)
- 2 biji kentang dipotong baji dan digoreng
- 1 labu bawang besar dibelah 4
Bahan-bahan kisar
- 5 senduk cili kering yang dikisar.
- Bawang merah 5 ulas
- Bawang putih 3 ulas
- 1 sudu besar jintan halus
- 1sudu besar jintan kasar
- 1 inci belacan
Bahan-bahan B ( Hiris dan Tumis)
- 2 labu bawang besar dipotong baji
- 3 ulas bawang putih (hiris)
- 1 inci halia (hiris)
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 kuntum bunga cengkih
- 3 biji ketumbar
- Kicap manis secukup hitam
- Sekeping asam keping saiz besar.
Kaedah
- Tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau. Kemudian tumis bahan A hingga naik minyak. tambahkan asam keping sekeping.Tambahkan kicap secukup hitam. Tambah sedikit air, lebih kurang secawan.
- Masukkan bawang yang telah dibelah 4. Kemudian masukkan daging salai yang telah dihiris nipis tadi.Gaul rata dengan sambal yang telah masak sebati. Biarkan sehingga semuanya mesra.
- Akhir sekali tambah sedikit garam, jangan terlalu banyak kerana masakan ini telah ditambah kicap.
Masakan semur daging bagaimanapun lazimnya menggunakan daging mentah,namun untuk kelaianan Madam mencuba dengan daging salai. Hasilnya memang mengejutkan kerana ternyata ia lebih sedap. Anda harus mencuba resepi ini. Anda juga boleh juga menggunakan ayam sebagai ganti daging.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi resepi ini, kami juga mempunyai pelbagai lagi resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.