Resepi Sekut Mutiara Hati Paling Cantik dan Cair di Mulut!

sekut mutiara 2

Sekut Mutiara Hati, seiring dengan namanya, biskut ini juga berwarna putih suci yang amat cantik dan nampak menyelerakan. Buat mereka yang melihatnya, pasti sahaja sayang untuk menikmati biskut ini oleh kerana cantik rupanya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menjamah, pasti tidak cukup satu oleh kerana rasanya yang amat sedap serta teksturnya yang rapuh dan cair di mulut!

Biskut ini menggunakan bahan yang mudah untuk didapati. Diantara bahan – bahannya termasuklah mentega, gula aising serta tepung gandum dan tepung kentang. Anda boleh mendapatkan bahan – bahan ini di pasaraya berdekatan anda. Cara pembuatannya juga mudah untuk disediakan. Doh dicampurkan bersama tepung sedikit demi sedikit sebelum disejukkan dan dibakar. Resepi ini sesuai buat mereka yang ingin mencuba sesuatu yang mudah dan lazat.

Resepi ini dikongsikan oleh Syafazila Yusof dan telah mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Jom tengok resepi ini!

Resepi Sekut Mutiara Hati

sekut mutiara
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 250g mentega
  • 80g gula aising @ 3/5 cawan
  • Esen vanila
  • 250g tepung kentang @ 1 1/2 cawan
  • 150g tepung gandum @ 1 1/4 cawan

Cara – cara memasak:

  1. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati menggunakan spatula.
  2. Masukkan satu penutup esen vanilla.
  3. Ayak kesemua tepung di dalam bekas berlainan.
  4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam bekas.
    Nota: Doh agak lembik sedikit.
  5. Letakkan doh ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
  6. Keluarkan doh dan bentukkan bulat – bulat. Tekan pakai garfu. Anda juga boleh menghiaskannya menggunakan gula aising berwarna warni.
  7. Bakar semalam 20 minit di dalam suhu 150C mengikut ketuhar masing – masing.
sekut mutiara 2
Image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *