Resepi Sayur Lodeh/Kuah Lontong
Bahan-bahan:
Bahan yg dikisar halus * :-
*10 tangkai cili kering
*2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 jari kunyit hidup
*1 hiris halia
*2 sudu udang kering
*2 sudu ikan bilis
*sedikit belacan β jika suka
*2 sk jintan kasar β sangar
2 batang serai β dititik
4 helai daun salam
1/2 jari lengkuas β diketuk
200 g udang hidup yg dikupas kulit
Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing-masing:
1/2 biji kobis
8 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang kecil
1 biji terung panjang
1 keping tahu kering β rendam
4 biji kentang
4 keping tauhu β di potong kecil dan goreng
4 keping tempe β dipotong dan digoreng
2 ikat suβun β direndam
lada merah dan hijau β dipotong serong
2 ltr santan pekat dan cair β drpd 3 biji kelapa
air secukupnya
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak utk menumis
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
3. Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.
kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih β€ β€ β€ ββββββ-
Leave a Reply