Resepi Sandwich Tuna Original Berdesup Siap
Resepi ini merupakan resepi sandwich yang boleh dikatakan masih baru dinegara kita. Malah sandwich sendiri adalah salah satu makanan yang masih baru bagi orang kita. Ini kerana sandwich adalah menu yang diimport dari barat, namun begitu oleh kerana budaya kita untuk meraikan benda baru apatah lagi sedap, sandwich dengan mudah diterima oleh masyrakat kita.
Baiklah, bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi sandwich tuna ori, dikatakan ia ori kerana ia menggunakan bahan yang asas sahaja namun kerana itu juga ia digemari.Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Satu buku roti keping
- Satu tin ketulan tuna
- Bawang holland (potong dadu)
- Mayonis
- Tomato (hiris)
- Timun Jepun (hiris)
- Serbuk black pepper (pilihan)
- Butter
Kaedah
- Buang minyak dalam tuna, hancur kan tuna, apabila hancur campur kan dengan mayonis dan black pepper. Ketepikan.
- Sapu kan butter atau mayonis pada kepingan roti.
- Letakkan inti tuna.
- Tambahkan hirisan timun dan tomato.
- Kemudian tekupkan dengan roti.
- Sediakan untuk dipotong, namun ulang proses jika anda ingin sandwich yang tebal.
- Lapik sandwich dengan paper cup atau jamah begitu saja.
- Siap!
Jika anda membuat inti sandwich, pastikan ianya tidak terlalu cair kerana ia boleh merosakkan roti yang digunakan. Oleh itu kawal dan anggarkan bahan seperti mayonis kerana sifatnya berair. Namun resepi ini amat mudah dan anda pasti dapat menyediakan ia sebagai hidangan berkelah barangkali. Selamat mencuba!
Resepi Menarik Lain
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!