Resepi Sandwich Sardin Oskol Tapi Confirm Sedap

Resepi kali ini merupakan salah satu resepi sandwich yang cukup popular sebelum kedatangan tuna. Sandwich sardin ini merupakan antara hidangan yang mudah didapati terutama ketika berkelah mahupun jamuan kecil. Ini kerana ianya sememangnya sedap dan mudah untuk disediakan. Malah kosnya juga amat murah dan bahan yang diperlukan juga mudah ditemui.

Ikan sardin dalam tin sememangnya antara bahan masakan paling versatile yang digemari kebanyakan orang. Apatah lagi bila dijadikan sandwich sudah tentu menjadi rebutan, baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

1 tin sardin saiz kecil

1 biji limau kasturi

2 labu bawang besar 

5 tangkai cili padi di hiris – Jika suka pedas 

1 biji timun – di kupas dan hiris nipis

Mentega

½ buku roti 

1/4 sudu teh – lada sulah 

1 sudu besar minyak masak

garam secukupnya

Kaedah

Buka tin sardin, sejatkan kuah dan pisahkan tulang sardin dengan isi. 

Hancurkan ikan sardin menggunakan garfu.

Kupas bawang besar dan cincang dadu. 

Hiris cili api

Perah 2 biji limau kasturi

Kemudian masukkan bawang, cili dan asam limau kasturi sedikit demi sedikit .

Tambah sedikit garam.

Penyediaan sandwich sardin.

Ambil sekeping roti, sapukan butter hingga rata.

Sapu inti menyeluruh kepingan roti tadi.

Letakkan hirisan cili api dan timun.

Tutup dengan sekeping lain roti (sapu dahulu dengan butter)

Potong 2 atau 4 jika anda suka.

Lapik dengan paper cup dan simpan didalam bekas yang sesuai.

Siap!

Antara jenama sardin dalam tin yang paling digemari ialah cap ayam. Pilihlah ikan sardin dan bukannya makerel kerana ia lebih kecil dan mudah untuk dilecekkan. Sesetengah orang membuang tulang ikan namun ada juga orang yang mengemarinya malah ia juga mempunyai peminatnya tersendiri. Apapun diharap anda sudi mencuba resepi mudah ini, selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *