Resepi Sandwich Crab Mayonis Sedap Makan Sejuk

Resepi berikut merupakan resepi sandwich yang amat mudah untuk di sediakan. Sandwich kali ini akan mengguanakn crab stick yang biasanya dijual di pasar raya. Walaupun namanya crab stick namun begitu bahan yang digunakan untuk membuatnya bukanlah diperbuat dari daging ketam sebaliknya ia diperbuat daripada isi ikan yang kemudian diproses dan ditambah dengan perisa ketam sahaja. Namun rasanya boleh tahan juga sedap terutama bila mulai diubahsuai mengikut selera peminatnya. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resepi sandwich ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

  • 400gm Crabstick
  • 2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 200gm mayones
  • Sedikit lada sulah/lada hitam
  • Roti
  • Kepingan keju
  • Mayones
  • Salad Romania
  • Timun jepun (hiris bulat)
  • Tomato (hiris bulat)
  • Celur seketika crabstick dan dicincang.
  • Kemudian masukkan kesemua bahan, bawang besar, mayones dan lada sulah. 
  • Gaul sebati.
  • Ambil roti sandwic dan lapiskan dengan kepingan keju, mayones, salad romania, inti crabstick, timun dan tomato.
  • Sedia dan enak  dinikmati bersama kopi panas.

Jika anda gemar pada kepedasan, bolehlah anda menambah hirisan cili api bagi menaikkan rasanya. Sandwich ini selain dinikmati bersama secawan kopi ia juga sesuai untuk pelbagai acara terutamanya acara kecil seperti harijadi dan seumpamanya. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *