Hidangan Sambal Sotong Sumbat Telur ini merupakan hidangan kegemaran ramai. Ianya lazat dan mengenyangkan. Hidangkan juga bersama nasi, pasti teringat ingat!
Sambal Sotong Sumbat Telur ini memberikan rasa pedas dan manis. Ianya juga mempunyai kandungan protein yang tinggi, jadi ini lebih mengenyangkan perut!
Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Shazalina Zainudin dan mendapat banyak likes di Facebook!
Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur
Bahan – bahan:
Sotong sumbat:
- Sotong 4 ekor
- Udang dalam 5 ekor cincang halus
- Bawang besar setengah (dadu)
- Bawang putih seulas (dadu)
- Telur 3 biji
- Daun bawang
Sambal:
- Cili boh (dikisar bersama bawang)
- Gula
- Garam
Cara – cara memasak:
Sotong sumbat:
- Bersihkan sotong.
- Campur telur, udang, bawang, dan daun bawang.
- Goreng separa masak dan asingkan.
- Bila telur dah sejuk, sumbat padat – padat kedalam sotong.
Sambal:
- Tumiskan cili boh sehingga garing.
- Masukkan garam dan gula.
- Masukkan sotong sumbat dan tutupkan kuali bagi sotong masak sekata.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!
Leave a Reply