Resepi Sambal Kicap Masamnya Manis Dan Pedas

Resepi kali ini merupakan sambal kicap yang daya olah sendiri berdasarkan sambal kicap cicahan tauhu bergedil. Untuk resepi ini saya ubah untuk menepati selera kami sekeluarga yang suka pada rasa masam-masam manis dan pedas. Sambal kicap ini agak menarik dijadikan cicahan daging rebus atau sup daging. Bagi anda yang ingin kelainan berikut adalah bahan-bahannya. 

Bahan bahan

  • 10 ulas cili api
  • 1 – 2 tbsp bawang goreng
  • 2 tbsp kicap manis
  • 2 tbsp gula pasir
  • 2 biji limau kasturi (belah 2 dan buang hiji)

Kaedah

  • Kisar semua bahan
  • Siap!

Limau kasturi dikisar bersama kulitnya didalam sambal kicap ini yang memberi rasa yang unik dan sedap. Aromanya jauh menarik dari lemon atau limau nipis, sebab itu namanya limau kasturi kerana harumannya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain