Resepi Salted Egg Chicken Wing Sempoi Giler

Resepi kali ini merupakan sebuah yang sesuai dijadikan hidangan pembuka selera ataupun dijadikan sebagai snek. Kepak ayam adalah antara bahagian ayam yang paling digemari untuk dijadikan finger food. Ada pelbagai versi dan resepi yang menggunakan kepak ayam ini.

Kali ini kita akan kongsikan kepada anda cara untuk menyediakan salts egg chicken wing ataupu kepak ayam telur masin. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan Ayam

  • 5 ketul kepak ayam
  • 1 mangkuk kecil tepung bestari 

Kaedah

  • Potong ayam kepada 2 bahagian.
  • Perap kepak ayam dengan 3 sudu serbuk tepung bestari. Ketepikan sebentar.
  • Sementara itu panaskan minyak .
  • Gaul kepak ayam dengan tepung bestari dan goreng tenggelam dengan minyak panas.
  • Ketepikan

Bahan-bahan Kuah

  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 tangkai daun kari 
  • 100 gram mentega
  • 150 ml susu cair
  • 3 sudu besar serbuk telur masin
  • 7 ulas cili api dihiris

Kaedah

  • Panaskan butter dan tumis bawang putih.
  • Masukkan cili api,daun kari dan susu cair.
  • Apabila telah pekat masukkan serbuk telur masin.
  • Kacau rata dan gaul dengan kepak ayam
  • Siap!

Resepi ini menggunakan serbuk salted egg yang boleh didapati di super market seperti Mydin atau Giant. Namun yang paling murah ialah dikedai yang menjual bekalan bakeri kerana ia dijual secara lose pack. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *