Resepi Roti Wholemeal (Homemade)

Resepi kali ini merupakan sebuah roti yang biasanya dijual dikedai runcit atau pasaraya. Roti Wholemeal adalah sejenis roti yang amat biasanya diambil oleh orang yang mengamal gaya hidup sihat. Ini kerana roti ini mempunyai serat yang tinggi dan juga mempunyai glisemik rendah.

Bagi anda yang mencari-cari resepi roti ini agar anda dapat menghasilkan sendiri roti wholemeal anda, berikut adalah bahan yang diperlukan,

Resepi Roti Wholemeal
Bahan-bahan

  • 100ml (4 fl oz) air suam
  • 20g (3/4 oz) yis segera mauripan
  • 4 tablespoons tepung protein tinggi
  • 1 tablespoon gula castor
  • 175g (6 oz) oats segera 
  • 225g (8 oz) tepung wholemeal
  • 1L (1 3/4 pints) air suam
  • 1 1/2 tablespoons garam halus
  • 75g (3 oz) gula perang halus 
  • 150ml (5 fl oz) minyak sayuran
  • 1.3kg (3 lb) tepung protein tinggi
  • 150grm kacang almond n gajus – ditumbuk hancur

Kaedah

  • Di dalam mangkuk pengadun, putar perlahan 100ml air suam, yis segera,4 tbs tepung hi-protein and gula. Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih.
  • Sukat oats, tepung hi-protein, 1 liter air suam, gula perang , kacang almond/gajus dan minyak sayuran. Campurkan ke dalam bancuhan yis yg telah naik tadi. Putar dengan perlahan selama 1min – 2min. Tambahkan sedikit kelajuan sambil memasukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
  • Doh telah sedia apabila ianya tidak lagi melekat di dinding mangkuk pengadun. 
  • Sekiranya agak melekit boleh oleskan sedikit butter.
  • Bulatkan doh, tutup mangkuk dengan clingwrap atau tuala lembab dan biarkan selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
  • Boleh bentukkan untuk dijadikan loaf atau sebagai buns. Susun di dalam loyang yg telah digriskan dengan sedikit mentega. Perap sehingga naik 2 kali ganda lagi.
  • Bakar pada suhu 180’C selama 45-30minit atau sehingga bahagian atas roti sudah keperangan. Setelah masak pindahkan ke atas rak penderai dan biarkan sejuk. Boleh dimakan mengikut cara kesukaan masing-masing. 

Walaupun resepi ini menggunakan mesin, namun anda juga boleh menggunakan tangan untuk mengadunnya. Cuma ia memerlukan tenaga yang kuat untuk menghasilkan doh yang lebih elastik. Bagi peminat roti homemade diharap anda akan cuba sendiri resepi ini agar dihidangkan pada keluarga yang tercinta. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *