Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Roti Boy Rangup Di Luar Mudah Dan Sedap

Resepi kali ini merupakan resepi roti yang sangat popular sehinggakan ia mampu mencipta jenamanya sendiri. Roti boy atau roti mexican bun ini adalah roti bun manis yang mempunyai isian manisan kopi diatasnya dan butter didalamnya.

Ianya mengguna bahan yang mudah didapati malah cara menyediakan mexican bun ini pun tidaklah rumit. Jika anda ingin mencubanya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan A

  • 1 cawan air suam
  • 2 tbsp gula
  • 2 tbsp susu manis
  • 1 pek yis (11g)

Bahan B

  • 3-4 cawan tepung
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp bread improver
  • 1 tbsp butter

Inti

  • Butter potong kiub

Topping

  • 50g gula halus
  • 50g butter
  • 1 biji telurĀ 
  • 1 tsp esen vanilaĀ 
  • 50g tepung gandum

Pes kopi

  • 1 tsp serbuk nescafe + 1tsp air
  • 1 tsp mocha emulco

KaedahĀ 

  • Campurkan semua bahan A
  • Kemudian biarkan 10 minit
  • Campurkan bahan B dalam 1 bekas
  • Perlahan masukkan bahan B kedalam bahan A
  • Gaul sebati dan uli sedikit
  • Biarkan ia berehat dalam masa 40-60 minit
  • Bahagikan doh kepada berat 50 g setiap satu
  • Rehatkan lagi 30 minit
  • Isikan semua doh dengan butter telah dipotong kuib
  • Rehatkan doh
  • Sementara itu, pukul bahan untuk topping pula
  • Mula dengan pukul butter dan gula sehingga putih
  • Masukkan telur dan esen vanila
  • Kemudian masukkan tepung gandum dan pukul lagi hingga sebati
  • Akhir sekali masukkan pes kopi dan pukul sebati.
  • Isikan topping didalam beg piping dan paipkan diatas setiap satu bun
  • Bakar bun pada suhu 160c selama 20 minit
  • Siap!

Bahagian atas roti ini boleh diubahsuai menggunakan isian lain seperi coklat atau mocha. Ianya boleh diubah menggunakan emulco yang anda suka. Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resepi dan jangan lupa kongsikan ia. Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!