Resepi Rendang Cair Kalau Makan Dengan Nasi Baru Mantop
Resepi kali ini merupakan masakan yang mudah dan sangat sedap, amat sesuai dijadikan hidangan diwaktu makan tengahari. Ayam masak rendang cair in mempunyai rasa sama sepertimana rendang yang kita biasa makan, namun ia dimasak dengan air lebih dan santan dikurangkan sedikit.
Masakan ini paling sedap dimakan bersama nasi panas, atau dicicah bersama roti. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri masakan yang enak untuk seisi keluarga anda patu cuba resepi ini.
Bahan-bahan
- Seekor ayam potong kecil
Bahan kisar
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 4 ulas
- Halia 1 inci
- Kunyit 1 inci
- Serai 2 batang
- Cili api segenggam
- Cili kering 1 mangkuk kecil (gunting dan rebus)
Bahan lain
- 1 keping asam keping
- 1 pek sederhana santan.
- Air secukup
- Garam dan serbuk perasa secukupnya.
Kaedah
- Masukkan semua bahan kisar dalam kuali bersama ayam.
- Tambah air, asam keping dan serai yang telah ditumbuk pecah.
- Selepas kuah mengelegak baru masukkan santan dan terus kacau agar santan tidak pecah.
- Masukkan garam dan serbuk perasa .
- Siap!
Dalam masakan ini saya menggunakan cili api bersama cili kering yang dikisar untuk mendapat rasa yang pedas namun anda boleh mengantikan ia dengan cili kisar sahaja agar kurang pedas. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.