Resepi Penyaram
Resepi Penyaram
Tepung Gandum 500g
Tepung Beras 500g
Tepung Pulut 200g
Gula Apong 1kg — not sure kat semenanjung maybe namanya gula kabong kut…
Air 1065ml
Cara buat :
Satukan semua tepung. Masukkan air sedikit demi sedikit. Setelah semua sebati masukkan pula gula apong. Kacau hanya guna senduk atau hand whisk hingga sebati. Lepas tu tapis supaya adunan tidak berketul.
Perap paling kurang 4 jam atau semalaman. Boleh masukkan dlm peti sejuk tp bila nak goreng keluarkan lebih awal. Sebelum goreng kacau dulu adunan utk elak adunan mendap. Goreng dgn api sederhana.
Selamat mencuba ye.
Doakan mak & ayah saya sihat dan semoga kita beroleh manfaat dari perkongsian resepi ni.
credit : Nana Osman #mahn