Resepi Nescafe Kaw Pasti Bikin Gempak Punya Sedap
Resepi kali ini adalah cara untuk menyediakan air nescafe. Jika dinegara kita jenama ini sangat terkenal dan mempunyai ramai peminat. Namun begitu air nescafe jika tidak pandai membuatnya kurang ‘kick’ lah!.
Sebenarnya untuk menyediakan secawan air nescafe yang kaw tidak lah sukar sangat jika kena dengan sukatan dan cara pasti jadi. Baiklah berikut adalah cara-cara menyediakan nescafe kaw ini.
Bahan-bahan ( 1 Mug)
- 1 sudu teh nescafe (jangan penuh menggunung)
- 2-4 sudu teh susu cair
- 1.5 – 2 sudu teh susu pekat manis
- Air panas mendidih secukupnya
Kaedah
- Campurkan nescafe, susu cair dan susu pekat manis ke dalam cawan.
- Kacau rata.
- Masa tuang didalam gelas, angkat jug keatas untuk menghasilkan buih!
- Siap
Jika anda tidak suka susu manis anda boleh mengantinya dengan gula. Namun tidak jadilah ia kaw kan? Gantikan dengan stevia jika anda sedang berdiet. Ada sesetengah orang berpantang minum nescafe kerana sakit kepala,namun begitu mash ramai yang enjoy akan rasanya.Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.