Resepi Nasgor Korean Guna Pes Serbuk Senang Giler

Resepi berikut kali ini ialah resepi nasi goreng Korea dengan menggunakan pes serbuk. Ca nasi goreng adalah antara masakan paling mudah untuk disediakan namun bagi sesetengah orang yang sibuk bekerja namun kepingin masakan air tangan sendiri boleh mencuba reepi kali ini.

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk
  • Sayur seperti jagung kecil, sawi, carrot atau ikut selera anda.
  • 1 biji telur 
  • 1 pek kecil pes serbuk nasi goreng Korea 

Kaedah

  • Panaskan kuali dan tumis sayur-sayuran
  • Masukkan nasi sejuk dan gaul
  • Selepas itu taburkan serbuk nasi goreng diatas nasi tadi.
  • Gaul raya dengan api yang sederhana.
  • Kecilkan api dan dibahagian tengah nasi masukkan telur dan kacau segera.
  • Api boleh dibesarkan hingga nasi betul-betul garing dan berasap.
  • Akhir sekali tabur minyak bijan untuk dapatkan rasa Koreanya tu.
  • Siap!

Bagi menaikkan rasa Koreanya itu, saya tambah sedikit minyak bijan dan juga hirisan daun bawang kerana ia memberi aroma yang lebih asli masakan Korea. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain