Resepi Murtabak Maggi Yang Viral Sebab Memang Sedap
Resepi ini merupakan satu lagi inovasi masakan berdasarkan menggunakan Maggi Mee. Murtabak Maggi disediakan menggunakan telur dan beberapa bahan ringkas yang digaul bersama sebelum digoreng. Murtabak maggi ini amat sedap dan sesuai bagi peminat maggi mee terutamanya maggi kari.
Maggi antara makanan segera paling mudah diubah suai. Anda boleh jumpa resepi maggi goreng, kerabu maggi, maggi sup dam macam-macam lagi. Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan maggi murtabak in
Bahan-bahan
- 1 peket Mee Maggi Perisa Kari
- 100g isi daging kisar/ayam
- 1 biji bawang besar potong dadu
- 3 biji telur
- sedikit daun bawang dan sup dicincang halus
- Cili flakes
- Lada sulah
- Minyak
Kaedah
- Celur mee maggi tanpa perencah selama 2 minit, kemudian toskan, ketepikan
- Goreng isi daging kisar, angkat ketepikan.
- Pukul telur didalam mangkuk, kemudian masukan daging kisar yg digoreng tadi, bawang, daun sup, lada sulah & cili flakes, dan serbuk maggi kari gaul mesra.
- Selepas tu masukan mee maggi yg celur tadi, gaul sebati.
- Kemudian panaskan minyak masak sesudu besar didalam pan, goreng murtabak mengikut saiz yg dikehendaki. Goreng selama 3 minit. Buat sehingga habis adunan tersebut.
- Hidang ketika panas
Hidangan ini biasanya dihidang ketika kehabisan idea untuk masak. Atau ketika anda kepingin sesuatu yang berbeza dan kesuntukan masa. Apapun alasannya maggi sentiasa mendapat tempat dihati kita.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.