Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mufin Vanila Blueberi Idea Untuk Doorgift Bajet

Perkongsian kali ini merupakan sebuah resepi yang amat sesuai dijadikan doorgift.  Penyediaannya juga boleh dikatakan antara yang paling cepat dan ringkas.  Namun begitu ia amat sedap dan sangat digemari, terutama dikalangan kanak-kanak. Antara bahan yang digunakan didalam resepi ini ialah minyak masak dan inti blueberi.

Bagi anda yang mencari idea doorgift yang ekonomi tetapi sedap, berikut adalah  yang diperlukan yang boleh didapati dikedai berdekatan anda.

Bahan basah

  • Gula halus 200g
  • Telur 4 biji
  • Susu uht 200ml

Bahan kering

  • Tepung kek 200g
  • Soda bikarbonat  1tsp
  • Baking powder 1tsp
  • (Ayak semua)

Bahan lain

  • Minyak 200ml
  • Inti blueberi

Kaedah

  • Kacau guna hand whisk telur dan gula
  • Kemudian masukkan susu dan kacau sebati
  • Masukkan pula bahan kering
  • Kacau dan akhir sekali masukkan minyak masak
  • Guna muffin cup dan masukkan adunan 
  • Letak sesudu inti blueberi dalam setiap muffin
  • Bakar 25min pada suhu 180c
  • Sejukkan sebelum dihidang

Selain menggunakan inti blueberi, anda juga boleh menggunakan inti strawberi,lemon ataupun mangga. Ianya boleh dibeli dikedai membekal barangan bakeri.Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!