Resepi Mousse Strawberi Coklat (Yang Pasti Jadi)
Strawberi ini ada masanya berlambak dipasaran. Tapi kadang-kadang ia tidak lagi segar, sudah tidak sesuai buat hiasan atas manisan. Namun sangat sesuai jika dibuat puri.
Oleh kerana strawberi tempatan adalah jenis masam,ia sangat sesuai dibuat puri. Resepi yang Madam ingin kongsikan hari ini ialah cara untuk membuat mousse strawberi. Ia diperbuat menggunakan kek span coklat, puri strawberi dan ganache coklat.
Puri strawberi ini boleh dibuat lebih sedikit,kerana ia juga enak dimakan bersama aiskrim vanila. Namun dibawah ini Madam lampirkan resepi mousse strawberi coklat yang pernah Madam cuba.
Resepi Mousse Strawberi Coklat
Bahan-bahan
Dasar
- Kek span coklat yang dipotong mengikut saiz bekas mousse. Atau anda boleh guna biskut digestive juga.
Bahan-bahan mousse strawberi (A)
- 125g cream cheese
- 80g gula castor
- Pukul kedua bahan ini sehingga sebati dan gebu.
Bahan-bahan puri strawberi (B)
- 150g strawberi segar
- 2 atau 3 sudu besar gula castor
- 1 sudu teh jus lemon/limau
- Masak diatas dapur lebih awal dan sejukkan dahulu sebelum guna.
Bahan-bahan (C)
- 150g krim putar (pukul sampai pekat)
- 1 sudu besar gelatin + 30ml air ( double boil sampai jernih)
- Campurkan kedua bahan ini dengan mengguna teknik kaup balik..
Kaedah
- Kaup balik bahan B dengan A,kemudian apabila telah sebati tambahkan bahan C. Gaul ketiga-tiga bahan hingga sebati. Sejukkan didalam petiais selama 30 minit.
Hiasan ganache
- 150g coklat gelap jenis butang (button dark chocolate)
- Susu Cair 70g
- 1 sudu besar butter
Kaedah
- Cairkan coklat dengan teknik double boil.Kemudian tambahkan susu cair dan butter. Jika masih ada ketulan butter yang belum cair, double boil semula hingga semua bahagian benar-benar cair.
- Kaedah menghias.
- Mulakan dengan dasar mousse tadi, tambahkan mousse ratakan semuanya dengan cara menghentak ia. Biarkan ia set lebih kurang 30min. Kemudian curah ganache coklat tadi,sebelum meletakkan buah strawberi sebagai hiasan.
Walaupun proses pembuatannya kelihatan rumit kerana banyak langkah yang perlu dilakukan, namun resepi ini juga sesuai sebagai isian untuk kek. Kek yang biasa menggunakan mousse strawberi ialah kek coklat strawberi.l
Jadi anda haruslah mencuba ia, dan jika anda inginkan kelainan bolehlah mencuba resepi-resepi lain juga.