Resepi Mix Berry Keto Shake Rendah Gula Rendah Carb
Resipi kali ini merupakan resipi mudah untuk disediakan dan ianya amat sesuai bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Minuman ini disediakan menggunakan dua jenis buah beri, di mana ia memang mempunyai kandungan gula dan juga karbohidrat yang lebih rendah tetapi kandungan serat dan vitamin C yang tinggi.Bagi anda yang tidak pernah mencuba dan mencari cari resipi minuman sihat berikut adalah bahan-bahan yang digunakan .
Bahan-bahan
- Segenggam strawberi siap potong kecil
- Segenggam blueberry
- Segenggam rasberi (pilihan)
- ½ cawan krim
- 1 cawan susu badam
- ½ cawan ais
- Setitis stevia drop (pilihan)
Kaedah
- Kisar semua dan hidang
- Siap!
Minuman ini mempunyai rasa yang masam dan berlemak jadi anda boleh tambah stevia drop untuk sedikit rasa manis. Buah buahan yang digunakan seperti strawberi blueberry dan juga raspberry adalah agak mahal. Namun begitu anda juga boleh menggunakan buah buahan beku dimana ianya sedikit murah. Sukatan ais adalah terpulang pada anda kerana kadang kala ia akan menyebabkan batuk juga jadi jangan lupa mencuba resipi ini ya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.