Resepi Mini RollCake
teruja dgn kawan2 yg dah buat Mini roll cake ni KE pun ikut terjebak dgn kecomelannya…terimakasih pada tuan punya resepi Ola Lola moga segala sharing di diberkati..Amin.
mini roll cake
6 biji telur*
1 sdb ovelette*
1 sdt esen vanila*
sedikit garam*
200g gula*
200g tepung gandum
150ml minyak masak
60ml santan/susu cair
cream yg di sukai utk sapuan.
pukul bahan bertanda* hingga kembang
masukkan tepung yg dah diayak terlebih dahulu mix sebati
masukkan santan dan minyak kaup balik dgn menguna kan spetula hingga sebati
bahagi kan pada 6 bahagian warnakan mengikut kesukaan anda .
masuk kan l bahagian kedalam
loyang 8x8x3 square (lapik kertas baking)
kukus setiap lapis 10 minit lapisan yg terahkir kukus 20mnt .pasti kan panas kan kukusan 15 minit sebelum mengukus
dah siap kukus keluarkan kek dari loyang dan potong nipis2 baru letak cream dan gulung..
siap utk di hidang kan
Kredit Resepi : Kak emma