Resepi Mee Suah (Sedap Tak Pedas)
Resepi berikut merupakan sebuah resepi mee yang amat ringkas dan mudah untuk disediakan. Mee suah merupakan sejenis mee yang diperbuat dari tepung gandum dan ia lebih kurus. Ianya amat sedap dan cara untuk membuatnya juga amat mudah dimana meenya hanya perlu dicelur atau dimasak terus dengan kuah supnya.
Bagi anda yang tidak pernah mencuba mee suah, resepi ini amat berbaloi untuk dicuba, berikut adalah bahan yang diperlukan dimana anda boleh dapatkan bahan-bahannya dikedai berdekatan.
Resepi Mee Suah
Bahan-bahan
- 1 pekat mee suah
- 3 ulas bawang putih
- 2 labu bawang merah
- Sepokok siew bak choy -dicelur
- I biji telur
- 2 keping cendawan jeli hitam-direndam hingga lembut
- Daging rebus atau Isi ayam atau udang
- 2 cawan air rebusan daging atau ayam atau ikan bilis
- Sedikit lada sulah
- Garam secukup rasa
Kaedah
- Cincang bawang putih dan goreng hingga garing dan wangi
- Angkat dan toskan
- Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang merah hingga garing
- Masukkan air rebusan daging dan cendawan jeli hitam
- Perasakan dengan garam dan lada sulah
- Masukkan telur kedalam sup atau boleh dibuat poaches egg
- Didalam periuk berasingan celur mee suah hingga sedikit lembut dan toskan
- Hidangkan bersama sayur siew bak choy, gorengan bawang putih dan cili bertaucu kalau suka.
Bahan-bahan cili kicap bertaucu
- 6 biji cilipadi – diracik halus
- 1 sudu besar taucu masin
- 1 sudu besar gula
- 1 1/2 sudu besar cuka
Kaedah
- Gaul semuanya hingga sebati
Jika anda ingin sesuatu yang lebih pedas, anda boleh menambah cili kicap yang menggunakan cili api. Namun bagi kanak-kanak mee suah ini amat digemari terutama dimusim hujan, malah orang dewasa juga amat suka pada rasanya. Anda haruslah mencuba sendiri untuk mengetahui keenakkanya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.