Resepi Mee Kering Goreng (Dengan Udang)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang digemari terutama kanak-kanak. Mee kering atau nama lain mee segera adalah sejenis mee yang dikeringkan agar ia tahan lebih lama. Mee kering ini amat mudah kerana ia boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja.
Sesuai bagi anda yang sukar untuk mendapatkan mee basah seperti mee kuning, anda boleh menggunakan mee kering ini. Anda juga boleh menyediakan masakan ini dengan lebih cepat sebagai sarapan pagi. Berikut adalah bahan yang diperlukan yang anda boleh dapatkan dikedai berdekatan anda.
Resepi Mee Kering Goreng
Bahan A
- 2 pek mee segera (direbus dan toskan)
- 10 ekor gm udang saiz besar (buang durinya dibahaian kepala dan ekor)
- 100 gm sawi (dipotong kecil)
- 50 gm kubis (dipotong kecil)
- 1/2 batang lobak merah (dihiris)
- 3 sudu makan minyak masak
- 2 sudu makan kicap
- 2 sudu makan sos cili
- Garam secukup rasa
Bahan B (Kisar)
- 3 sudu cili kering (kisar)
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
Kaedah
- Panaskan minyak dan goreng udang dahulu, ketepikan.
- Kemudian tumis pula bahan yang dikisar.
- Goreng sehingga naik bau.
- Masukkan mee yang telah direbus dan ditos tadi.
- Tambahkan sos dan kicap.
- Masukkan garam jika perlu.
- Kemudian baru masukkan sayur dan udang yang telah digoreng awal tadi.
- Gaul semua bahan yang sebati.
- Siap.
Terutama kanak-kanak mereka pasti suka akan masakan ini, anda boleh singirkan penggunaan cili dan tambahkan lagi sayur-sayuran seperti jagung agar masakan ini lebih berwarna-warni. Mee ini boleh digoreng menggunakan pelbagai lagi rencah seperti sotong ataupun fishcake, mengikut citarasa anda.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.