Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai ( Guna 3 Bahan Sahaja)

Resepi kali ini ialah masakan rasmi Negeri Sembilan. Lemak cili api daging salai, sejenis masakan menggunakan santan dan letak cili api. Cili api kerana orang Negeri Sembilan terkenal dengan masakan pedas. Yang extrem pedas. Penggunaan cili api kampung yang menjadi satu kemestian dalam masakan mereka. Kebanyakkan menu mereka mewajibkan penggunaan cili api.

Daging salai pula digunakan didalam masakan lemak cili api kerana ia lebih sedap dan tahan lama. Daging salai biasanya diletak dibawah asap bara yang menggunakan kayu api. Oleh itu aromanya lebih sedap.

Bagaimanapun masakan lemak cili api yang Madam bawakan hari ini menggunakan bahan yang lebih simple. Menggunakan kaedah yang lebih ringkas. Jom lihat bahan-bahannya.

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai

Bahan-bahan utama

  • 300g Daging yang telah disalai dan dihiris sederhana tebal.
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • 1batang serai ditumbuk
  • Asam keping (1/2 keping) boleh letak lebih kalau suka lebih masam. Tapi biasanya masak lemak cili api daging tidak perlu terlalu masam.

Bahan-bahan kisar

  • Cili api segenggam
  • Santan pekat ½ cawan
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Kisar semua bahan-bahan kisar hingga halus.
  • Masukkan kedalam periuk,buka api dan kacau sentiasa agar santan tidak pecah.
  • Masukkan terus kentang dan serai yang telah ditumbuk tadi.
  • Tambah air jika perlu.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa.Tambahkan serbuk kunyit jika kurang kuningnya.
  • Akhir sekali masukkan daging dan biar ia mengelegak sambil dikacau sentiasa agar tidak pecah santan.
  • Siap,boleh dihidang sekarang.
Masak pekat-pekat lebih sedap.

Resepi ini, Madam menggunakan serbuk kunyit kerana ia lebih mudah didapati. Santan pula Madam tidak gunakan yang segar dari kelapa parut sebaliknya membeli yang telah dipasteur kerana ia tahan lebih lama dalam petiais.

Resepi Lain Yang Menarik

Inilah resepi lemak cili api paling ringkas dan sangat sedap. Anda perlu mencubanya. Selain dari itu,laman web ini juga mempunyai banyak resepi lain yang menarik serta telah dicuba. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *