Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lasagna Roti Idea Sarapan Pagi Yang Berat

Kalau anda mencari resepi sarapan pagi ala western kami cadangkan anda cuba resepi lasagna roti confirm kenyang. Resepi lasagna ini asalnya daripada Itali, dan menjadi salah satu menu western kegemaran rakyat Malaysia. Resepi lasagna ini juga telah diolah mengikut citarasa melayu.

Resepi ini disusun lapis dengan kepingan pasta serta isi daging atau ayam dengan mampat serta dengan serpihan keju membangkitkan lagi rasa keenakan lasagna ini. Resepi lasagna yang kami nak kongsikan ini cukup mudah tak perlu menggunakan pasta hanya menggunakan kepingan roti sahaja. Resepi mudah ini dikongsikan oleh Wan Maslinda Wan Mohamed.

Bahan-bahan

  • 12 keping roti
  • 3 biji telur
  • 200 ml susu segar
  • 8 keping keju
  • 1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
  • 1 cekak daun sup
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 4 sudu besar sos lada hitam
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 300 gram daging cincang
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 cubit garam dan gula

Cara-cara Penyediaan:

Inti Daging

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
  3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
  4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan daun sup dan cili merah.
  6. Masak sehingga daging masak dan kering.
  7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.

Lasagna Roti

  1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
  2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
  3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
  4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
  5. Susun kepingan keju ke atas daging.
  6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
  7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
  8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
  9. Bakar pada suhu 180ĀŗC lebih kurang 40 minit.

Lasagna roti ini lagi banyak kepingan cheese lagi sedap, nak lagi sedap makan bila dah siap bakar memang semerbak baunya.

Resepi Menarik Yang Lain

Terima kasih kerana sudi menjadikan laman web kami sebagai sumber rujukan anda, jangan lupa cuba ya resepi yang telah dikongsikan. Pelbagai lagi resepi menarik telah kami sediakan untuk anda. Selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!