Resepi Kopi Susu Vietnam Sedap Lain Macam

Resepi berikut merupakan salah satu kopi yang paling diminati terutama jika berkunjung ke Vietnam. Kopi Vietnam diperbuat dari kopi robusta yang banyak terdapat dinegara sebelah Asia Tenggara. Ianya mempunyai rasa yang sangat pahit. 

Oleh kerana itu ianya sering ditambah dengan gula atau susu manis. Kopi Vietnam ini amat harum dan rasanya juga amat sedap, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 tsp serbuk kopi Vietnam
  • 200ml air panas mendidih
  • 3 tsp susu manis (ikut citarasa)

Kaedah

  • Letakkan serbuk kopi Vietnam didalam bekasnya.
  • Letakkan susu manis didalam gelas yang sesuai, dan letak bekas kopi Vietnam diatasnya.
  • Tambahkan air panas sedikit dan biarkan 60-90 saatnya
  • Kemudiankan tambahkan baki air panas.
  • Tunggu ia habis menitis lebih kurang 5-10 minit.
  • Siap!

Jika di Vietnam susu manis yang digunakan adalah tidak sama dengan yang digunakan di Malaysia. Namun anda boleh juga menggunakan sebarang jenama walaupun rasanya sedikit berbeza namun masih sedap dan berbaloi untuk dicuba! Selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *