Resepi Kopi Americano Cuba Sekali Mesti Suka
Resepi ini adalah antara resepi kopi Itali yang diperbuat daripada biji kopi arabika. Ianya sangat popular jika di restoran mewah ataupun coffee house. Bagi anda yang tidak pernah mencuba coffee Itali ini anda sebenarnya boleh menyedianya sendiri di rumah anda. Antara bahan yang digunakan ialah kopi ais sahaja.
Yang membezakan ia dengan kopi lain ialah cara penyediaannya. Dimana espresso akan dituang dahulu di dalam cawan kemudian ditambah dengan air kosong dan ini akan memberi rasa yang sedikit berbeza dan amat sesuai bagi anda penggemar- penggemar minuman berkaffein ini.
Bahan-bahan
- 1 kapsul kopi Luna Arissto
- 1 cawan kecil
- ½ gelas air panas
Kaedah
- Brewkan 1 kapsul kopi
- Tuang kedalam gelas pilihan
- Kemudian tambah air sehingga penuh gelas
- Siap!
Lazimnya espresso seperti ini tidak ditambah gula kerana rasa pahit dan kuat ini amat sesuai bagi mereka terutamanya yang bekerja sehingga larut malam ataupun pemandu-pemandu lori yang terpaksa memandu di waktu malam. Selain daripada menggunakan coffee Aristo anda juga boleh menggunakan nescafe atau essenso. Diharap anda akan mencuba resipi ini!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Resepi