Resepi Ketam Kam Heong (Ala Cafe)
Resepi kali ini merupakan sebuah lagi resepi yang popular di restoran yang menyediakan makanan masakan Cina. Ketam kamu sure merupakan masakan yang menggunakan kicap, serbuk kari,sos tiram telah ditumis bersama udang kering. Bahan-bahan ini ditumis sehingga naik bau kemudian di gaul bersama ketam. Masakan ini mempunyai rasa yang unik jadi anda harus mencubanya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Ketam Kam Heong
Bahan-bahan
- 3- 4 ekor ketam – anggaran 1kg
- 6 ulas bawang putih – dikupas dan dicincang halus
- 2 1/2 sudu besar udang kering
- 2 sudu besar serbuk kari
- 3 tangkai daun kari
- 5 tangkai cili padi – dihiris
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu teh lada hitam yang dikisar
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit air
- minyak masak
Kaedah
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak.
- Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
- Tambah udang kering dan goreng sehingga udang masak.
- Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
- Tambah sos tiram serta lada hitam dan gaul sebati, masukkan 1/2 cawan air biar mereneh
- Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
- Perasakan dengan garam dan gula.masak hingga kuah pekat,jika anda suka garing tidak perlu letak air. Hidangkan segera.
Untuk mendapat rasa yang lebih sedap guna lah ketam yang segar. Masakan ini perlulah dimasak dengan cepat dan terus dinikmati. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba anda haruslah menggunakan ketam yang segar agar anda seisi keluarga dapat menikmati keenakannya.
Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!
Resepi