Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Fruit Cocktail ( Sesuai Untuk Buat Niaga)

author name

📄

Resepi kali ini, merupakan best selling kek Madam. Ini kerana ia mempunyai rasa yang sangat sedap gabungan kek vanila dan buah-buahan segar. Dengan hiasan kacang badam yang dibakar harum ianya sememangnya mengoda.

Kek yang digunakan ialah kek span vanila. Kemudian inti yang digunakan ialah gabungan fresh cream dan krim custard. Ianya ditambah pula dengan isian dari buah cocktail. Diatas kek ini ia dihiasi dengan buah-buahan segar. Kek ini jika dijual dikedai ianya agak mahal namun kerana keenakkannya orang masih sanggup membelinya walaupun ia berharga RM12 sepotong!

Mari lihat sebentar bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Kek Fruit Cocktail

Bahan-bahan kek span

  • 250g sponge mix
  • 4 biji telur gred A
  • 60ml air
  • 60ml minyak masak

Kaedah.

  • Panaskan oven selama 10min. Gris dan lapikkan loyang saiz 9” atau 8”.
  • Mula dengan kelajuan pengadun yang perlahan, pukul tepung premix dengan telur. Tambahkan kelajuannya dan pukul hingga adunan bertukar menjadi pucat dan mempunyai tekstur yang kental. Jika disentuh dengan jari ia menghasilkan konsistensi “stiff peak’.
  • Perlahankan pengadun, tambahkan air. Kemudian tambahkan semula kelajuan pengadun, terus pukul adunan sehingga ia menjadi gebu dan tutup pengadun.
  • Akhir sekali tambahkan minyak masak dengan cara kaup balik mengunakan spatula.Pastikan minyak benar-benar bercampur dan sebati.
  • Tuang didalam loyang saiz 9” atau 8”. Bakar pada suhu 160c selama 40min.
  • Bila telah masak cucuk dengan lidi dulu untuk pastikan ia masak didalam dan terus terbalikkan ia atas redai, biarkan sekurag-kurangnya 10 minit. Ini adalah supaya bentuk kek kekal cantik.
  • Keluarkan dari loyang dan biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dihias.

Resepi Inti Kastad

  • 100g instant custard mix
  • 150ml susu cair/segar
  • 200ml fresh cream vivo
  • 1 tin fruit cocktail

Hiasan

  • Kacang badam yang dibakar harum.
  • Buah-buahan segar seperti strawberi,kiwi dan buah pic.

Kaedah

  • Keluarkan isi fruit cocktail dan tapiskan ia.
  • Taburkan instant custard didalam mangkuk, masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau dan dibiarkan kembang.
  • Pukul  fresh cream sehingga gebu.
  • Campurkan instant custard tadi dengan fresh cream dengan menggunakan teknik kaup balik.
  • Campurkan ia dengan isi buah cocktail dan gaul rata.
  • Potongkan kek vanila kepada tiga lapisan.
  • Mula dengan lapisan pertama,  renjiskan ia dengan jus dari fruit cocktail yang ditapis tadi. Isi ia dengan inti fruit cocktail tadi.
  • Ulang untuk lapisan kedua.
  • Tutup bahagian kedua dengan lapisan kek ketiga. Siap
  • Lepa kemas kek dan hiasi atasnya dengan buah-buahan segar dan ditepinya hiasi dengan kacang badam yang telah dibakar lebih awal.
  • Siap, sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

Kek ini mempunyai rasa yang sangat sedap, namun kosnya agak tinggi terutama kos buah-buahannya yang dijadikan hiasan atas kek. Namun jika anda buat untuk santapan sekeluarga sudah tentu anda dapat mengawal kosnya sendiri bukan?

Jadi janganlah anda berasa ragu untuk mencuba kerana kek ini pasti dapat memikat hati orang yang menikmatinya. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *