Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kebab Daging Berlidi Menu Istimewa Bbq

author name

📄

Resepi kali ini agak istimewa kerana ia berunsur masakan Arab yang diminati oleh ramai orang kita. Kebab daging berlidi ini adalah berbeza dengan kebab daging yang digulung dengan roti pita ataupun wrap. Ia adalah daging yang diperap dan kemudian dicucuk dengan lidi berselang seli dengan cili benggala, bawang dan juga cendawan jika anda suka,kemudian ia digril atau bbq. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya. 

Bahan-bahannya

  • Daging (bahagian lembut) potong sederhana besar.
  • Cili benggala hijau, kuning, merah (ikut pilihan)
  • Bawang besar ( potong baji)
  • Cendawan (pilihan)

Bahan perapan daging

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 3 tbsp sos tiram
  • 3 tbsp kicap manis
  • 2 tbsp madu
  • 1 tbsp lada hitam kisar
  • 1 tbsp sos korea
  • Garam secukup rasa (tak perlu banyak kerana sos dah masin)

Bahan lain

  • Lidi sate (rendam dalam air beberapa jam)

Kaedah

  • Perapan daging dengan semua bahan sos dan birakan beberapa jam.
  • Kemudian cucuk daging pada lidi selang seli dengan bawang,cili dan cendawan
  • Bakar diatas pembakar bbq atau ari fryer.
  • Sekali sekala sapukan dengan sedikit minyak masak.

Kebiasaannya kebab ini tidak mempunyai sos pencicah yang khusus sebab perapan yang ada telah memadai. Namun jika suka anda boleh cicah dengan sebarang sos yang anda gemar. Resepi sesuai sebagai hidangan bbq yang boleh anda sertakan dalam menu makan malam bbq bersama seisi keluarga anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.