Resepi Kari Ikan Bawal Emas Pekat Likat Tanpa Santan
Resepi kali ini merupakan masakan India yang amat popular dan digemari oleh masyarakat kita, jika tidak masakan kari sentiasa mendapat permintaan dikedai mamak. Dan yang paling popular sudah tentu kari kepala ikan. Ini kerana kari ikan mamak sentiasa pekat walaupun mereka tidak menggunakan santan. Perkongsian kali ini tidak menggunakan kepala ikan tetapi sebaliknya saya menggunakan ikan bawal emas tapi karinya confirm pekat, baiklah berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- 1 ekor ikan bawal emas
- 6 batang Bendi
Rempah
- 1 tbsp Biji halba
- 1 tbsp Biji sawi
- 1 tbsp Jintan putih
- 1 tbsp Jintan hitam
- 1 tbsp Biji ketumbar
Tumis
- 2 biji Bawang besar hiris
- 5 ulas Cili hijau hiris
- 2 tangkai Daun kari
- 2-3 tbsp Pes bawang putih halia (kisar sekali)
- 1 biji Tomato potong baji
- 2 tbsp Serbuk cili
- 3-4 tbsp Serbuk kari ikan
- Sedikit air
- ½ genggam asam jawa bancuh dengan air hingga pekat.
- Garam dan serbuk secukup maggi
Kaedah
- Panaskan kuali atau periuk pilihan hati.
- Tambah minyak dan panaskan sedikit.
- Tumis bahan rempah kemudian terus tumis bahan-bahan tumis mengikut turutan.
- Tambah air jika terlalu pekat.
- Bila kuah dah mengelegak masukkan bendi dan juga ikan dan terus masak.
- Bila semua bahan dah sebati akhir sekali masukkan bendi.
- Siap!
Ikan bawal emas ini amat sedap kerana isinya putih dan lembut. Walaupun ia tidak bersisik tetapi ikan ini tidak pula hanyir, tambahan pula harganya agak murah dan mampu dibeli. Jadi anda harus mencuba resepi ini. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.