Resepi Kari Daging Pekat

Resepi Kari Daging Pekat Simple dan Ringkas
.
Bahan-Bahan
.
1 kg daging – potong nipis
3 sudu besar rempah kari daging – bancuh dengan sedikit air menjadi pes
4 ulas bawang putih – hiris halus
6 ulas bawang merah – hiris halus
1 inchi halia – hiris halus
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
1 kotak santan kotak
1 biji cengkih
2 biji kentang – potong 4
daun kari beberapa helai
garam secukupnya
.
Cara Membuat Kari Daging
.
1. daging yang sudah dihiris nipis di rebus hingga empuk, apabila sudah empuk asingkan dan air rebusan daging tadi jangan dibuang sebab nanti air rebusan daging akan digunakan semula untuk kuahnya.
.
2. sementara itu panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis buga lawang, kau manis, dan cengkih hingga harum. selepas itu masukkan bawang merah, halia, dan bawnag putih yang sudah di hiris halus tadi. tumis hingga layu dan naik bau.
.
3. masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air bersama beberapa helai daun kari. tumis hingga terbit minyak dan harum.
.
4. apabila sudah terbit minyak, masukkan daging yang sudah direbus tadi bersama air secukupnya (apabila anda ingin pekat guna sedikit air sahaja) dan masak hingga mendidih.
.
5. masukkan kentang yang sudah dipotong dan masak hingga kentang hampir empuk, selepas itu masukkan santan dan perasakan dengan garam secukupnya.
.
6. masak sekejap dan tutup api, siap untuk dihidangkan..

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *