Resepi Jeruk Rambutan Cara Mudah Simpan Lebihan Buah Rambutan
Resepi ini merupakan resipi yang saya reka sendiri terutama ketika terdapat lebihan buah rambutan di musim nya. Jika kebiasaan nya kita boleh membeli jeruk mangga di tepi trafik light jika anda berada di sekitar Lembah Klang ini, tapi saya ubah mangga menggunakan rambutan dan jenis yang paling sesuai ialah rambutan kuning yang isinya rangup dan sedikit masam walaupun anda boleh menggunakan apa jenis rambutan sahaja. Jeruk rambutan ini amat mengejutkan kerana rasanya juga sedap dan sangat sesuai dijadikan kudap-kudapan, baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan nya
Bahan-bahan
- Buah rambutan siap buang kulit 20 biji
- Garam ½ tsp
- Cili api siap hiris 5 ulas
- Asam boi/serbuk asam boi (anggaran sendiri)
Kaedah
- Campurkan semua bahan dan simpan dalam bekas kedap udara.
- Simpan dalam beberapa hari sebelum dinikmati.
- Siap!
Jeruk rambutan ini perlulah di simpan di dalam bekas kedap udara dan di simpan di dalam peti ais. Jika anda tidak suka pedas cili yang pedas anda tidak perlu letak ya. Penggunaan gula juga tidak perlu banyak sebab buah rambutan dah cukup manis. Gula hanya berfungsi sebagai bahan pengawet sahaja dan tahan lama. Bagaimanapun asam boi memberi rasa yang masam-masam manis yang membuat rasanya sangat sedap.Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.