Resepi Ikan Kerisi Berlada ( Resepi Ringkas Masakan Kampung)

Resepi kali ini merupakan resepi yang sesuai bagi menu makan tengahari. Ini kerana ia adalah masakan ringkas yang sedap dan pedas. Ia sangat mudah di masak, menggunakan bahan yang tidak banyak dan mudah didapati. Masakan berlada ini banyak ditemui di Negeri Sembilan, kerana orang dari sana gemar makan makanan yang pedas dan simple.

Pertama kali memakan lauk ini ketika pertama kali berkunjung ke Seremban. Oleh kerana ia sangat simple, rasanya yang memikat peminat makanan pedas seperti Madam sememangnya mengejutkan. Hanya selepas itu, Madam belajar buat sendiri menu berlada ini.

Oleh itu, mari kita lihat bahan-bahan yang digunakan untuk membuat ikan kerisi berlada.

Resepi Ikan Kerisi Berlada ( Resepi Ringkas Masakan Kampung)

Bahan-bahan

  • Ikan kerisi saiz sederhana 3 ekor
  • Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa

Bahan-bahan kisar

  • 6 batang cili merah
  • Segenggam cili api (kurangkan jika tidak tahan pedas)
  • ½ labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih

Kaedah 

  • Bersihkan ikan kerisi, buang sisik dan perasakn dengan garam dan kunyit. Goreng garing.
  • Kemudian kurangkan minyak hingga tinggal sesenduk,
  • Tumis bahan-bahan kisar, tambah garam dan serbuk perasa secukupnya,
  • Tunggu sehingga naik minyak. Tutupkan api. Tuang keatas ikan yang telah digoreng. Siap.

Anda boleh menukar ikan lain jika tidak mengemari ikan kerisi. Antara ikan lain yang sesuai ialah tenggiri, pelaling atau ikan sembilang. Tahap kepedasan bolehlah ditambah atau dikurangkan mengikut daya tahan anda.
Jadi jangan lupa untuk beli bahan-bahannya dan cubalah resepi ini hujung minggu nanti ya. Terima kasih kerana like dan share. Selamat mencuba.


Resepi Menarik Lain.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *