Resepi Ikan Bilis Berlada (Mudah Dan Sedap)

Ikan bilis lauk wajib ada dirumah. Oleh kerana ia tahan lama, mudah dipelbagaikan, ia menjadi kewajipan setiap rumah di negara ini. Ikan bilis jika di Indonesia dipanggil dengan nama ‘ikan teri’. Saiznya sangat kecil dan makanannya ialah ‘plankton’. Ia digunakan dalam pembuatan budu dan juga sos ikan.

Menariknya ikan bilis ini, ada pelbagai jenis. Ada ikan bilis halus, ikan bilis belah dan paling terkenal ialah ikan bilis mata biru. Pengunaan ikan bilis yang berkualiti akan menjamin rasa yang lebih sedap. Lebih rangup bila digoreng. Antara ciri ikan bilis yang berkualiti ialah yang berwarna cerah dan lembut. Tapi sudah tentu harganya lebih mahal.

Bagi resepi seterusnya, Madam akan bawakan resepi ikan bilis berlada. Lazimnya ,menu ini dimasak ketika kehabisan idea untuk masak. Oleh kerana pembuatannya sangat mudah, Madam akan kongsikan resepi ini.

Resepi Ikan Bilis Berlada (Mudah Dan Sedap)

Bahan utama

  • Segenggam ikan bilis yang telah dikopek
  • 3 biji kentang dikopek dan dipotong seperti jejari

Bahan-bahan kisar

  • Segenggam atau lebih cili api kampung
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Bahan-bahan perasa
  • 1 sudu teh garam
  • ½ sudu teh serbuk perisa

Kaedah

  • Goreng ikan bilis sehingga garing.
  • Goreng kentang hingga garing.
  • Ketepikan.
  • Kurangkan minyak sehingga separuh
  • Tumiskan bahan-bahan kisar, masukkan garam,serbuk perasa dan gula.
  • Gula dimasukkan awal agar tumisan lebih cantik.
  • Goreng   sehingga semuaya sebati.
  • Tutup api, biarkan sejuk seketika.
  • Bila  cili telah sejuk baru masukkan ikan bilis dan kentang. Ini untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis.
Cilinya bila telah mula garing dan naik minyak. Tunggu sejuk sebelum gaul dengan ikan bilis supaya ianya kekal rangup.
Pedas-pedas manis.

Menu ini sangat sedap dihidang bersama telur mata kerbau dan kicap. Tapi jika musim hujan, juga enak dijodohkan dengan sup telur atau sup suhun. Bahannya juga sangat mudah. Menu seperti ini sangat sesuai untuk anda yang inginkan sesuatu yang ringkas dan sedap.

Jadi jangan lupa mencuba resepi ini. Gunakan ikan bilis yang berkualiti untuk kerangupan yang memuaskan. Selain dari itu, jemput mencuba resepi kami yang lain ya. Kami mempunyai koleksi pelbagai resepi.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *