Resepi kali ini merupakan resepi menggunakan kepak ayam yang amat digemari. Biasanya kepak ayam dijadikan hidangan pembuka selera atau sebagai hidangan sampingan.Kepak ayam juga sesuai dijadikan pilihan ketika majlis BBQ.
Resepi yang dikongsikan kali ini menggunakan sos blackpepper sebagai bahan utamanya. Sangat sesuai bagi peminat blackpepper, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 12 ketul kepak ayam
- *gaul dengan garam dan serbuk perasa
Bahan kering
- 4 tbsp tepung beras
- 2 tbsp tepung gandum
- 1 tsp garam
- 1 tbsp serbuk cili/paprika
- 1 tsp baking powder
- ½ tsp ajinomoto
Bahan sos
- 1/3 cawan sos lada hitam
- 1 tbsp serbuk lada hitam
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1-2 tbsp kicap pekat
- garam secukupnya
- minyak masak
Kaedah
- Bersihkan kepak ayam.
- Gaul dengan garam dan serbuk lada Sulah.
- Kemudian tambah dengan 2 sudu bahan kering yabg telah dicampur.
- Perap sebentar
- Sediakan minyak penuh dan panaskan
- Sebelum goreng ayam, gaul dengan baki bahan kering dulu.
- Toskan selepas goreng.
Sediakan sos
- Tambahkan sedikit minyak dalam kuali
- Masukkan semua sos dan tunggu ia pekat.
- Gaulkan kepak ayam yang telah digoreng tadi.
- Paling sedap dihidang ketika panas.
- Siap!
Honey blackpper chicken wing ini amat sesuai dimakan ketika panas-panas dimana yang mempunyai rasa yang pedas dan juga manis. Ianya amat sedap dan sesuai untuk pelbagai majlis. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply