Resepi Donat Coklat Merbeles Tangkap Lentok

Resepi kali ini merupakan donat coklat yang sangat digemari. Donat coklat adalah resepi yang menggunakan coklat cair sebagai hiasan di atas dunia ini. Antara bahan yang digunakan seperti biasanya ialah tepung,yis,gula, majerin dan sedikit garam. Manakala coklat yang biasa digunakan ialah coklat susu dan juga coklat gelap dan ia juga nampak menyelerakan apabila dihiasi dengan coklat rice. 

Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan bagi anda menghasilkan sendiri donat coklat ini. Ianya boleh dapati di kedai yang membekalkan barangan bakeri atau di supermarket.

Bahan-bahan A

  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu manis
  • Sepeket kecil yis (11g) (pastikan yang masih baru)

Bahan-bahan B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver ( bread softner pun boleh)
  • 2 sudu besar mentega

Kaedah

  • Campurkan bahan-bahan A dan biarkan hingga ia berbuih dan kembang.
  • Satukan bahan-bahan B dalam mangkuk lain yang agak besar,kacau agar ia sekata.
  • Tambahkan adunan A kedalam B sedikit demi sedikit.
  • Uli seketika agar semua bahan rata. Kemudian biarkan doh berehat selama sejam.
  • Tutup dengan cling wrap atau kain lembab.
  • Apabila doh telah naik dua kali ganda, buangkan gas ia dengan cara  menumbuk ia dan uli sedikit dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat.
  • Bahagikan adunan kepada 40 g setiap satu doh. Atau 60g untuk saiz besar.
  • Bulatkan setiap satu doh dan lapik dengan kertas minyak yang dipotong besar sedikit dari saiz doh dan jarakkan antara satu sama lain.
  • Rehatkan lagi 20 minit atau  hingga naik sekali ganda. Tutup dengan kain lembab.
  • Apabila doh telah kembang, lubangkan doh yang hendak dijadikan donut.
  • Lubang boleh dibuat menggunakan tutup botol atau acuan yang sesuai.
  • Goreng dengan minyak yang banyak dan sederhana panas.. Tos minyak sebelum dihidang dengan coklat.
  • Nota: Guna cooking coklat atau apa jenis coklat yang anda gemar, double boil dan tambahkan sedikit minyak agar mudah melekat didonut.
  • Akhir sekali tabur dengan choc rice.
  • Siap!

Untuk menyediakan donut berkualiti yang amat berbaloi untuk disediakan, sentiasa guna bahan yang premium. Contohnya jenis butter dan coklat akan mempengaruhi mutu donat yang anda hasilkan.Mendapat pujian diatas masakan akan memberi satu kepuasan yang sukar digambarkan.

Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *