Resepi Donat Choc Chip Osem Kita Diy Je
Resepi ini merupakan resipi donat bercoklat yang amat digemari terutama oleh peminat coklat. Donat ini juga digemari kerana kelembutannya apatah lagi apabila ia digabung dengan taburan coklat chip. Donut ini amat sesuai dijadikan hidangan didalam majlis atau keraian terutama apabila melibatkan kanak-kanak.
Perkongsian kali ini akan menunjukkan cara untuk menyediakan donut coklat yang lembut. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai yang membekal barangan bakeri.
Bahan-bahan
A
- 1 cawan air suam
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar susu manis
- Sepeket kecil yis (11g) (pastikan yang masih baru)
- 4 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh bread improver ( bread softner pun boleh)
- 2 sudu besar mentega
Kaedah
- Campurkan bahan-bahan A dan biarkan hingga ia berbuih dan kembang.
- Satukan bahan-bahan B dalam mangkuk lain yang agak besar,kacau agar ia sekata.
- Tambahkan adunan A kedalam B sedikit demi sedikit.
- Uli seketika agar semua bahan rata. Kemudian biarkan doh berehat selama sejam.
- Tutup dengan cling wrap atau kain lembab.
- Apabila doh telah naik dua kali ganda, buangkan gas ia dengan cara menumbuk ia dan uli sedikit dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat.
- Bahagikan adunan kepada 40 g setiap satu doh. Atau 60g untuk saiz besar.
- Bulatkan setiap satu doh dan lapik dengan kertas minyak yang dipotong besar sedikit dari saiz doh dan jarakkan antara satu sama lain.
- Rehatkan lagi 20 minit atau hingga naik sekali ganda. Tutup dengan kain lembab.
- Apabila doh telah kembang, lubangkan doh yang hendak dijadikan donut, atau biarkan bulat untuk dijadikan bambolini.
- Lubang boleh dibuat menggunakan tutup botol atau acuan yang sesuai.
- Goreng dengan minyak yang banyak dan sederhana panas..
- Tos minyak sebelum dihidang dengan coklat yang telah dicair bersama sedikit minyak masak agar ia lebih untuk menyalut donut.
- Kemudian akhir sekali taburkan dengan choc chip
- Siap!
Selain dari menggunakan coklat hitam anda juga boleh menggunakan coklat susu atau putih. Taburkan dengan pelbagai jenis choc chip yang anda suka. Diantaranya ialah butterscoth, dark choc chip atau pun white choc chip. Apapun diharap anda akan mencuba resepi ini dan nikmati keenakannya.Selamat mencuba!
Resepi Menarik Lain
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!