Resepi Dessert Simple Yogurt Sihat Tanpa Gula Mesra Golongan Diabetis

Resepi ini merupakan resepi pencuci mulut yang sihat dan baik untuk perut. Ianya juga amat mudah untuk disediakan kerana menggunakan bahan yang ringkas dan mudah didapati. Kandungan gulanya juga amat rendah kerana yogurt digunakan dalam resepi ini ialah tanpa gula. Namun penggunaan setitik stevia mampu memberi rasa manis yang diperlukan. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan (untuk seorang makan)

  • 10 biji buah bluberi
  • 2 biji buah strawberi ( Potong sederhana)
  • 2 sudu yogurt natural tanpa gula
  • Setitis stevia (pilihan)

Kaedah

  • Bersihkan buah-buahan dan letakkan didlam mangkuk kecil
  • Masukkan yogurt dan setitisi stevia
  • Kacau dan boleh dinikmati segera.
  • Siap!

Selain buah strawberi dan blueberi anda juga boleh menggunakan buah-buahan lain. Juga anda boleh menggunakan greek yogurt jika anda suka. Jika buah yang digunakan terlalu masam anda boleh juga menggunakan madu untuk elakkan penggunaan gula selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain