Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Daging Brokoli Bersama Cendawan Shitake Marbeles Lagi Syiok

author name

Resipi kali ini merupakan resipi sayur yang menarik dan lazat. Ianya menggunakan daging lembut yang dimasak bersama brokoli dan juga cendawan shitake. Cara penyediaannya juga amat mudah dan cepat untuk disediakan.Brokoli walaupun mahal namun ia merupakan bekalan kepada banyak zat dan mineral yang diperlukan oleh badan kita. Manakala cendawan shitake dikatakan mempunyai rasa yang sedap seperti daging ayam dan biasanya digunakan didalam masakan Jepun dan Cina. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resepi berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan 

  • 150 gram daging lembut (hiris sederhana nipis)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 2 sudu teh lada hitam hancur
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • 7 biji cendawan shitake hiris memanjang
  • Brokoli dibelah memanjang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Perap daging dengan minyak bijan, lada hitam, kicap cair, sos tiram dan  tepung jagung. Ketepikan sebentar.
  • Dalam kuali, panaskan 2 sudu besar minyak masak. 
  • Tumiskan bawang putih sehingga sedikit perang, kemudian masukkan daging yang diperap tadi. 
  • Masak sehingga daging bertukar perang.
  • Masukkan sayur-sayuran yang telah disediakan tadi.
  • Tambah sedikit air jika agar masakan ada sedikit kuah.
  • Siap!

Bagi anda yang gemar kepada rasa pedas anda boleh menambah cili api atau gunakan lebih lada hitam. Masakan ini amat sesuai dinikmati bersama nasi panas oleh itu ia sesuai jika mempunyai sedikit kuah. Jika anda tidak gemar pada rasa cendawan shitake anda boleh juga menggunakan cendawan tiram yang lebih mudah didapati dan juga lebih murah. Apapun terpulanglah kepada citarasa anda, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *