Resepi kali ini merupakan satu lagi resipi kek cawan yang sangat sesuai di sediakan dan bagi meraikan majlis ataupun keraian. Kek cawan krim dan cookies ini seperti namanya ia menggunakan biskut ataupun cookies chocolate sebagai bahan hiasannya. Manakala pembuatannya juga adalah seperti kek cawan yang lain. Cuma bezanya ialah oengguanaan biskut didalam adunannya.
Ianya sangat mudah untuk disediakan dan sangat berbaloi untuk dicuba berikut adalah bahan-bahan diperlukan yang boleh anda dapati di kedai yang berdekatan.
Bahan-bahan
- 125 gram mentega
- 1/2 cawan gula perang atau brown sugar
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 1/2 sudu teh baking powder ( digaul rata dan diayak)
- 2 biji telur gred A
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 5 keping biskut oreo/apa-apa biskut – kisar bersama krimnya sekali
- 125 gram mentega
- 70 gram krimwell
- 80 gram gula ising diayak
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu besar susu pekat manis
- Mula-mula panaskan oven pada suhu 175C.
- Dalam mangkuk mixer, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla.
- Putar hingga sebati pada kelajuan perlahan.
- Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit.
- Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sehingga sebati.
- Kemudian isikan bahan aduan tadi dalam cup yang disediakan.
- Setelah selesai, bakar selama 10 – 15 minit.
- Sejukkan sebentar sebelum hias dengan buttercream dan biskut oreo.
- Putar semua bahan hingga sebati
- Siap untuk digunakan.
Selain menggunakan biskut Oreo ada pelbagai jenis biskut lain juga boleh digunakan, ia bergantung pada citarasa dan minat anda. Begitu juga jika anda tidak buttercream anda juga boleh menggunakan fresh cream dimana ianya lebih mudah untuk digunakan. Selamat mencuba!
Resepi Menarik Lain
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!
Leave a Reply