Resepi Cucur Kembung Tanpa Yis Lemak Manis Ala Amboi-amboi
Resepi ini sesuai dijadikan hidangan ketika minum petang kerana rasanya yang berlemak dan juga manis-manis.. Bahan yang digunakan di dalam resipi ini adalah amat mudah didapati pembuatannya juga sangat ringkas. Antaranya ialah tepung gandum, gula, garam dan juga rahsia cucur kembung ialah air panas,bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air panas
- 4 tbsp gula
- 1/2 tsp garam
Kaedah
- Satukan semua bahan kering iaitu tepung gandum, gula dan garam dalam 1 bekas.
- Kemudian perlahan-lahan tambahkan air panas dan kacau perlahan-lahan hingga sebati.
- Tunggu adunan ini sejuk dahulu dan kemudian barulah bulat-bulatkan adunan tadi menjadi saiz bebola yang anda suka.( guna minyak untuk mudahkan proses ini)
- Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan kemudian goreng cekodok tadi.
- Gunakan api yang sederhana agar cekodok tidak hangit.
Ada sesetengah resepi yang menggunakan yis, ini adalah resepi yang sedikit berbeza tetapi menghasilkan rasa yang lemak-lemak manis juga. Jika suka anda boleh juga tambah susu manis dalam adunan tapi sukatan tepung perlu diubah sedikit, perlu anggaran sendiri.cekodok ini sedap makan begitu sahaja tapi sedap juga dimakan dengan sambal tumis ataupun gula. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.