Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sayur yang amat ringkas. Sayur seperti yang kita ketahui sangat penting dalam menglengkapkan keperluan zat vitamin dan mineral untuk tubuh badan kita. Dan bagi mereka yang hendak menjaga kesihatan, sayur sepatutnya diambil separuh didalam pinggan anda, diikuti dengan nasi suku dan juga protin seperti ayam atau ikan.
Oleh itu, walaupun sibuk bagaimana anda haruslah cuba untuk mecari masa untuk masak sayur. Lantaran itu, kali ini Madam akan kongsikan resepi cendawan enoki yang sangat ringkas ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan di dalam resepi ini.
Resepi Cendawan Enoki Campur (Sedap Berkhasiat)
Bahan-bahan
- 1 peket cendawan enoki.
- 4 batang jagung kecil
- ½ batang lobak merah
- 10 batang kacang buncis
- Bawang putih 2 ulas
- Sedikit ikan bilis
- Sedikit sos ikan
- Secubit garam dan serbuk perasa secukupnya.
Kaedah
- Mula-mula bersihkan cendawan, buang akarnya dan basuh, ketepikan.
- Bersihkan sayur-sayuran lain dan hiris memanjang, ketepikan.
- Tumbukkan bawang putih bersama ikan bilis.
- Sediakan minyak panas, tumis bawang putih yang ditumbuk tadi.
- Masukkan sos ikan, sedikit garam jika perlu dan serbuk perasa.
- Tambahkan sedikit air jika perlua, masukkan lobak merah, kacang buncis dan jagung manis tadi.
- Akhir sekali masukkan cendawan dan masak sehingga semua sayur masak tetapi jangan terlalu lama agar kemanisannya dapat dipelihara.
- Siap untuk dihidangkan.
Sayur cendawan enoki biasanya dimakan didalam hidangan steam boat. Selain dari itu ia sedap dimakan panas-panas bersama nasi. Bagi anda yang suka mencuba resepi baru, bolehlah mencuba resepi ini. Sayur lobak merah dan jagung manis menambahkan rasa manis semulajadi. Oleh itu saya mata sesuai bagi anak-anak kecil yang baru belajar makan sayur.Semudah itu resepi sayur ini, jangan lupa mencuba resepi ini ya, semoga berjaya
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply