Resepi Cekodok Betik Lain Macam Tapi Sedap Sangat
Resepi kali ini merupakan resepi masakan kampung yang tidak ramai orang mencubanya. Cekodok betik disediakan seperi juga cekodok pisang. Ia menggunakan betik yang betul-betul masak dan sebaiknya yang manis. Namun gula ditambah dalam masakan ini jika betik digunakan tidak manis. Jom lihat apakan bahan dan cara-cara untuk menyediakan masakan istimewa ini.
Bahan-bahan
- Sebiji betik anggaran berat 1kg
- 2 1/2 cawan tepung
- 1/3 cawan gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
Kaedah
- Bersihkan betik, kemudian di belah dua & sudu isinya ke dalam mangkuk.
- Lecek betik bersama gula & sedikit garam.
- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Adunan mestilah tidak terlalu lembik atau keras
- Goreng tenggelam dengan minyak panas
- Tos sebelum dijamu
- Siap!
Cekodok betik paling sedap dijadikan hidangan minum petang terutama bila ada betik yang terlalu masak yang tidak sedap dimakan terus. Apapun anda boleh mencuba resepi ringkas ini kerana ia amat mudah disediakan.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.