Resepi Buttercream (Tahan Panas Dan Stabil)
‘Buttercream’ adalah krim yang paling banyak digunakan untuk medeko kek. Ia digunakan hiasan kerana ia lebih tahan,terutama dalam suhu panas seperti di negara kita ini. Ada pelbagai jenis resepi yang boleh didapati di internet. Dan ada pelbagai teknik untuk menghasilkan buttercream yang sesuai dengan selera.
Namun rasa bukanlah satu-satunya faktor kepelbagaian resepi ‘buttercream’ ini. Salah satu ciri-ciri yang utama dalam pembikinan ‘buttercream’ ialah kestabilannya. Kerana ‘buttercream’ yang baik bukan sahaja sesuai utk melepa tetapi juga untuk membuat bunga,daun dan figura-figura lain.
Resepi yang Madam bawakan hari ini digunakan dalam kek-kek perkahwinan yang Madam buat. Madam suka pada rasanya,dan ia walaupun lembut tapi masih stabil.
Resepi Buttercream (Tahan Panas)
Bahan-bahan
- 500g krimwell
- 125 butter
- 100ml air gula ( atau secukup manis)
- 1 sudu kecil perisa nenas ( jenis jernih)
Kaedah
- Pukul krimwell dan butter dengan kelajuan perlahan dulu. Apabila sebati tambahkan kelajuan mesin pengadun.
- Apabila keduanya telah putih, perlahankan pengadun dan masukkan air gula dan perisa nenas.
- Apabila air gula telah sebati, lajukan semula pengadun. Pukul dengan kelajuan sederhana semula. Pukul selama 15-20 minit.
- Kelajuan perlu sederhana supaya buttercream tidak mengandungi banyak udara. Ini boleh menyebabkan lepaan kita tidak cantik.
Resepi Air Gula ( Untuk Butterceam)
- 1kg gula pasir
- 500ml air
- 1 sudu teh lemon/serbuk asid citric.
Kaedah
- Masakkan kesemua bahan hingga sebati dan hingga semuanya mengelegak.
- Kecilkan api dan biarkan hingga 10 minit. Ini supaya air gula mencapai kepekatan yang betul.
- Salah satu cara memastikan air gula cukup pekat ialah dengan mengambil sesudu air gula dan letakkan dalam air sejuk dari petiais. Jika ia bertukar menjadi hablur, maka air gula telah cukup pekat.
- Mencapai kepekatan air gula yang betul amat penting dalam memastikan buttercream kita tidak mudah cair.dan gebu.
‘Buttercream’ ini sesuai sebagai isi,lepaan dan juga bunga. Biasanya Madam hanya guna resepi ini untuk semua teknik menghias kek,terutama kek perkahwinan. Tambahan pula ia tahan panas dan sesuai untuk dibawa berjalan jauh. Belum pernah mengecewakan. Jadi, cubalah resepi ini sebagai resepi buttercream pilihan anda.
Jangan lupa cuba resepi lain ya,kerana kami mempunyai pelbagai koleksi resepi yang boleh dicuba.