RESEPI BISKUT ROTI BERGULA

RESEPI BISKUT ROTI BERGULA

Hari ni saya nak share cara buat biskut roti bergula.. kalau tak tahu nak buat apa dgn roti yg dah nak hampir expire.. ini cara terbaik utk menyelamatkan roti tersebut.. dan yang pasti ianya sangat yummy…??

Cara-cara:

1. Sapu roti dgn buttercup/ marjerin.. saya guna roti gardenia je..
2. Susun roti atas papan pemotong dgn kemas..
3. Potong kepada 2 bahagian..
4. Kerak tepi tu terpulang pada anda.. kalau nak buang pun boleh..
5. Susun roti dalam tray..
6. Taburkan gula pasir.. tabur biar sekata ye..
7. Bakar selama 30min pada suhu 160c.. atau sehingga roti kering..jgn sampai rentung pulak dah laa ye.. selepas 30 min keluarkan.. dan terbalikkan setiap kepingan roti dan bakar lagi 5 – 10min pada suhu yang sama…apapun bergantung pada tahap kepanasan oven masing2.. sbb tak semestinya sama…

Tips:
Untuk step bakar ni jika anda risau terlajak bakar @ terkurang bakar anda boleh buka oven dan rasa.. kalau belum cukup garing boleh tambah beberapa min lagi masa bakar ye…sbb takde pantang larang ye.. setting masa dan suhu bergantung juga dgn berapa kuantiti roti yg dibakar.. jika kuantiti roti amat sedikit anda perlu kurangkan masa ketika bakar roti tersebut..
Siap!!!

Selamat mencuba.

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika anda pemilik asal resepi ini mohon pm admin untuk dimasukkan nama anda sebagai owner asal resepi..terima kasih 🙂

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *